Thursday, May 17, 2012

bila saya dah hilang pekerjaan

assalamualaikum,
 rasa nak tergelak pun ade tengok balik blog yang satu ni... bape bulan dah aku tak post pape dalam ni... ingat nak wat komik nak letak kat sini, tapi tak jalan-jalan kot sebab susah aku takde scan nak scan apa yang aku lukis.. aku lukis dah berlambak-lambak dah.. tapi bukan komik la..setakat latihan untuk aku lukis komik suatu hari nanti.. entah la aku pun tak tahu dengan masa depan komik aku kalau aku tak berusaha hahaha..

sekarang ni aku ada banyak gak buat lukisan potret untuk mamat korea ngan ramai lagi yang jadi mangsa lukisan aku... aku ada sesuatu nak tunjuk kat korang..

Ni dia!!


               

tulisan ni aku tak amek mana-mana font dalam tenet atau komputer aku..sebab tulisan ni aku buat sendiri ngan berus lukisan aku.. yes, aku berjaya buat tulisan yang cantik giles bagi aku la... aku nak buat cover photo aku la... hehehehe..sebab aku dah tak de kerja.. takpe.. klu sapa-sapa berminat aku boleh buatkan, tu pun kalau aku rajin yang teramat sangat...

 lagi satu aku nak tunjuk kat korang, mamat korea yang aku lukis..korang tengok sama tak???

sama tak ngan gambar bawah ni??? hurmmm


Ada lagi..sabar dlu tengok je dulu....
yang ni plak?? okey tak?? nme dye chinen yuri adik angkat aku yang tak diiktiraf hahahaha


dye ni sama je ngan orang atas yuri... jadi tak lukisan aku yang agak buruk ni???


sebenarnya banayak sangat lukisan yang aku dah lukis... aku nak jetunjuk kat sini tapi tak banayak la ek, bukan ape, internet ok, tapi blog ni yang lambat hahahha... gamabar tu sekadar practise aku je untuk melembutkan tangan aku yang semakin lama semakin keras.. huhuhuhu... jadi aku kena\lah berusaha lebih sikit untuk lebih maju untuk buat komik...

okey korang tengok la lukisan aku yang agak buruk tapi cantik ni...





  takat ni je kot boleh upload... keys tengok2 dulu la lukisan aku tu....


dot comell



Wednesday, November 2, 2011

Langkah Pertamaku.

   Aku seorang yang sangat suka melukis, namun aku belum diizinkan Allah bagi menyambung pelajaran aku dalam bidang melukis-lukis komik ni.. Aku dah banyak dah lukis komik tapi banyak juga yang tak habis ceritanya, sebab aku tak reti nak menamatkan sesebuah cerita. Jadi aku cuba la nak memindahkan lelukisan aku ke dalam blog ni, supaya sesiapa yang terjumpa atau terbaca blog ni silalah melihat kepada gambar-gambar yang atau komik-komik y6ang diletakkan di dalam blog ini..
    Dan aku berharap suatu hari nanti aku boleh jadi seorang penulis dan seorang pelukis komik yang berjaya.. aku nak buat komik islami, komik lawak, dan kalau diizinkan Allah, aku nak buat kartun multimedia yang sekarang ni banyak orang buat. So, aku akan melangkah sedikit demi sedikit untuk menerajui bidang ni. Lagipun sekarang ni aku belajar dalam bidang deeniah, dan aku akan teruskan pembelajaran tu dalam cara lain.
Dan aku benar-banar mengharap pada Allah untuk membantu aku dalam meneruskan usaha aku yang aku impikan selama ni demi untuk meninggikan islam di mata dunia.